SEKAPUR SIREH GURU BESAR

Bismillahirrahmanirrahim
Tahniah dan syabas kepada jawatankuasa dapat merealisasikan Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2025/2026. Disamping itu sebagai usaha SKSI, Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS) disediakan untuk mengupayakan sekolah dalam menyediakan program untuk menambah baik kelompongan yang dikenal pasti selepas melakukan Penarafan Kendiri Sekolah (PKS) dan data-data yang telah dianalisis iaitu data Pengurusan Kualiti Sekolah dan data Kemenjadian serta data sokongan yang lain.

 

Dalam pada itu, sekolah juga perlu berusaha memperoleh idea dan contoh daripada sumber-sumber lain sebagai rujukan dalam menyediakan program/aktiviti yang bersesuaian. Dalam hal ini pihak sekolah perlu mengambil kira realiti yang wujud di sekolah seperti kemudahan fizikal, kewangan, sumber manusia, latar belakang murid dan komuniti setempat.

 

Melangkah Ke Hadapan (PPPM 2013-2025) Edisi 2018; perenggan 2 muka surat 10, menggariskan 5 pendekatan penyelesaian masalah iaitu, pendefinasian masalah, pengumpulan data untuk memperjelas masalah, membincangkan alternatif penyelesaian, pemilihan alternatif terbaik dan membuat tindak balas penyelesaian.

 

Dalam usaha pihak sekolah mengguna pakai sumber-sumber luar dalam program/aktiviti penambahbaikan, pihak sekolah perlu kreatif, kritis dan inovatif. Kejayaan dan keberkesanan dalam sesuatu program bergantung kepada perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian secara berterusan.

Semoga RPS yang telah disempurnakan ini sentiasa menjadi panduan untuk tindakan yang berkesan kepada semua pihak yang terlibat untuk mengatasi isu sekolah.

 

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Pn. Asmanor Sapura binti Shaori
GURU BESAR
SK SAUJANA IMPIAN, SBT