SEKAPUR SIREH PK KOKURIKULUMAssalamualaikum & Selamat Sejahtera.
Syukur Alhamduillah kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah izinNya, dapat saya memberikan sepatah dua kata dalam Buku Pengurusan SK Saujana Impian, SBT bagi sesi persekolahan 2025/2026. Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Buku Pengurusan, di bawah unit Kokurikulum SKSI bagi tahun 2025 yang telah membantu saya menyediakan buku ini. Selain memaparkan perancangan kerja sepanjang tahun, Buku Pengurusan ini juga menjadi panduan kepada kita semua dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah. Pengurusan kokurikulum adalah satu aspek penting kerana pengurusan yang bersistematik akan menghasilkan sekolah yang cemerlang dalam kokurikulumnya. Jawatankuasa yang telah dilantik diharap dapat menggalas tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pihak sekolah. Marilah bekerja bersama-sama saya bagi meningkatkan kecemerlangan Unit Kokurikulum SK Saujana Impian, SBT. Banyak program kokurikulum telah disusun yang menuntut pengorbanan guru-guru dan sokongan PIBG. Sehubungan itu, saya mohon sokongan padu warga pendidik SKSI membantu sekolah meningkatkan kecemerlangan kokurikulum bagi sesi persekolahan 2025/2026. InsyaAllah. Sekian. Terima kasih & selamat bertugas. Kokurikulum
|