Persekutuan Pengakap Malaysia (Scouts Association of Malaysia) adalah merupakan satu badan berpakaian seragam yang telah ditubuh dan dikawal selia secara langsung oleh:
Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (Semakan 2016).
Matlamat Perbadanan.
Matlamat Perbadanan Persekutuan telah dinyatakan di dalam seksyen 4; Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (semakan 2016):
4. Matlamat Perbadanan adalah:
(a) untuk mengadakan satu organisasi yang terbuka untuk semua Pengakap di Malaysia bagi membolehkan mereka melaksanakan tujuan dan maksud Perbadanan yang dinyatakan di dalam seksyen 5; dan
(b) untuk melakukan semua benda lain yang disifatkan oleh Perbadanan atau Majlisnya sebagai bersampingan dan berfaedah bagi mencapai matlamat sedemikian.
Tujuan dan Maksud-Maksud Perbadanan.
Tujuan dan Maksud-Maksud Perbadanan Persekutuan telah dinyatakan di dalam seksyen 5; Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (semakan 2016):
5. (1) Tujuan Perbadanan adalah untuk membangunkan warganegara yang baik dalam kalangan kanak-kanak lelaki dengan membentuk perwatakan mereka dan untuk mencapai maksud ini dengan :
- melatih mereka mengenai tabiat kepatuhan dan berdikari
- menanam sifat kesetiaan dan timbang rasa terhadap orang lain;
- mengajar mereka perkhidmatan yang berguna untuk orang awam dan pertukangan tangan yang berguna untuk mereka sendiri; dan
- menggalakkan perkembangan jasmani, mental dan kerohanian mereka.
(2) Prinsip dan amalan Perbadanan hendaklah berdasarkan kepada Ikrar Pengakap dan Undang-Undang Pegakap dan apa-apa prinsip dan amalan lain sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kaedah-Kaedah Perbadanan
Susunan Seksyen Akta Parlimen.
Susunan Seksyen-Seksyen di dalam Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (semakan 2016) adalah seperti berikut:
- Tajuk Ringkas dan Pemakaian.
- Tafsiran.
- Pemerbadanan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia.
- Matlamat Perbadanan.
- Tujuan dan Maksud Perbadanan.
- Majlis.
- Meterai Perbadanan.
- Daftar Ahli.
- Kaedah-Kaedah dan Undang-Undang Kecil.
- Memindah hakmilik harta dan liabiliti, dsb.
- Penggunaan pendapatan dan harta.
- Sekatan mengenai penjualan lencana, dsb., Persekutuan.
- Pemilikan dan sekatan mengenai penggunaan lencana.
- Penalti.
- Pemansuhan.