SEKAPUR SIREH PK HAL EHWAL MURID

Assamualaikum dan Salam Malaysia Madani.

Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya kita semua berada dalam keadaan sihat walafiat seterusnya dapat menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan sebaik-baiknya.

Berbekal pada yang halal

Berpetua pada yang berfaedah

Berwasiat pada yang bermanfaat

 

Dengan bersandarkan perbidalan di atas, tanggungjawab dan amanah yang digalas ini memerlukan sokongan padu dan komitmen daripada semua pihak. Ayuh warga guru agar sentiasa bersedia menerima perubahan ini sebagai cabaran yang perlu ditempuh secara bijaksana.

Marilah kita menanam azam setinggi gunung untuk terus memberi yang terbaik bagi menjulang nama baik Sekolah Kebangsaan Saujana Impian. Keredhaan Allah kita sulami, Keberkatan akan diperoleh, insyaallah.

Di atas dahan burung tempua,

Melihat rusa di bawah cemara,

Murid Ceria, Guru Bahagia,

Sekolah Bitara Negara Sejahtera.

 

Sekian, wassalam.

Puan Akmalul Husna binti Mohamed Zauti
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK SAUJANA IMPIAN, SBT